Format Rancangan Perniagaan

Pengenalan
Sebelum orang-orang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka membuat perancangan. Pada amnya, lebih jauh suatu perjalanan, lebih terperinci perancangan dibuat.
Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh dan dengan itu memerlukan penyataan misi. Penyataan misi memberi fokus kepada matlamat jangka panjang yang diinginkan. Perniagaan yang tidak mempunyai penyataan misi akan terdedah kepada pembaziran sumber dan masa kerana cuba menjalankan operasi perniagaan tanpa arah. Penyataan misi dibangunkan untuk membuat penentuan kedudukan perniagaan dalam pasaran dan ke arah manakah yang ingin dituju.
Penyataan Misi
Pada amnya, maklumat di dalam penyataan misi adalah seperti berikut :-
- Alasan perniagaan diwujudkan
- Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
- Klien atau pelanggan perniagaan
- Kawasan geografi pemasaran
- Kelebihan kompetitif produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Contoh penyataan misi adalah seperti berikut :-
Syarikat Waja Sdn.Bhd. mendapat keuntungan dengan mengeluar dan memasarkan sistem penghawa dingin yang unik untuk bangunan-bangunan kediaman dan komersial. Ia menggunakan teknologi angkasa lepas yang dapat menjimatkan sehingga 50% kos tenaga elektrik. Sasaran pelanggan syarikat adalah arkitek, jurutera bangunan, pemaju perumahan dan bangunan komersial dan lain-lain pengguna di Malaysia dan rantau Asia.
Format Rancangan Perniagaan
Suatu Rancangan Perniagaan ditulis untuk sesuatu tujuan seperti yang diterangkan dalam Unit 6. Perbezaan tujuan menulis Rancangan Perniagaan mengakibatkan kepada kelainan dalam format satu Rancangan Perniagaan daripada yang lain. Di antaranya, institusi kewangan mempunyai format rancangan perniagaan mereka tersendiri. Namun demikian, isi kandungannya tetap sama, cuma bezanya mungkin dari segi persembahannya.
Rancangan Perniagaan yang formal mengandungi perkara-perkara berikut:-
  1. Isi kandungan
  2. Ringkasan Eksekutif atau Abstrak
  3. Pengenalan
  4. Tujuan
  5. Latar belakang perniagaan
  6. Latar belakang pemilik
  7. Latar belakang projek
  8. Rancangan Organisasi
  9. Rancangan Pemasaran
  10. Rancangan Pengeluaran atau Operasi
  11. Rancangan Kewangan
  12. Jadual Perlaksanaan Projek
  13. Rumusan
  14. Lampiran / Dokumen Sokongan
Penerangan Kandungan Rancangan Perniagaan
Isi Kandungan
- Menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama muka surat.
Ringkasan Eksekutif/ Abstrak
- Menonjolkan perkara-perkara penting dalam rancangan  perniagaan.
- Ianya hendaklah dapat menimbulkan minat pembaca untuk meneliti kandungan rancangan perniagaan yang telah disediakan.
Pengenalan
1.  Menyatakan jenis perniagaan.
2. lokasi perniagaan
3. tarikh perniagaan dijalankan
4. latarbelakang dan corak industri perniagaan yang diceburi. (maklumat perlu disokong dengan fakta-fakta yang sebenar dan realistik)
Tujuan
Nyatakan dengan jelas tujuan penyediaan rancangan perniagaan. Contohnya untuk memohon sejumlah pembiayaan modal atau tapak perniagaan dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd. dan sebagainya
Latar Belakang Perniagaan
- Memberikan maklumat-maklumat berikut:-
1. nama perniagaan
2. alamat perniagaan
3. alamat surat menyurat (jika berlainan)
4. nombor telefon
5. bentuk perniagaan
6. kegiatan utama
7. tarikh mula atau hendak memulakan perniagaan
8. nombor pendaftaran perniagaan
9. modal permulaan
10. nama bank
11. nombor akaun bank
Latar Belakang Pemilik
Maklumat-maklumat pemilik atau setiap pekongsi berikut hendaklah dinyatakan:-
1. Nama penuh
2. Nombor kad pengenalan
3. Umur
4. Jantina
5. Alamat tetap
6. Nombor telefon
7. Taraf perkahwinan
8.  Kursus yang pernah dihadiri
9. Kemahiran
10.Pengalaman
11. Pekerjaan sekarang
12. Perniagaan lain yang pernah diceburi (jika ada)
Latar Belakang Projek
Nyatakan maklumat lanjut mengenai lokasi perniagaan seperti:-
- Kedudukan fizikal projek
- Bangunan (jenis struktur, keadaan, bentuk, saiz dan nilai bangunan)
Rancangan Organisasi/ Pentadbiran
- Menyatakan misi dan objektif organisasi
- Persembahkan struktur organisasi dalam bentuk carta organisasi.
- Jadual Jawatan dan bilangan tenaga pekerja.
Contoh:
Bil.JawatanBil.Pekerja
1.Pengurus Besar1
2.Kerani3
3Jurujual10
- Jadual Huraian Tugas.
Contoh:
JawatanTanggungjawab utama
Pengurus Kewangan
  1. Menyediakan Belanjawan Tahunan perniagaan.
  2. Menyediakan Laporan Kewangan perniagaan
  3. Mengawal dan mengurus penggunaan sumber perniagaan.
  4. Menyelaras lejar personal di bahagian kewangan.
- Jadual Imbuhan Balas Jasa pekerja.
Contoh:
JawatanBilGaji bulananKWSPPERKESOJumlah
Pengurus Besar1RM5000RM650RM100RM5750
Pengurus Kewangan1RM2500RM325RM50RM2875
Jumlah



RM8625
- Senarai Perabot dan Keperluan Pejabat
Contoh:
JenisBil.Harga (RM)
Komputer28000
Pencetak21000
Mesin fotostat15000
Jumlah
14000
- Senarai Perbelanjaan Pentadbiran
Contoh:
PerkaraPerbelanjaan HartaPerbelanjaan BulananLain-lain perbelanjaan
Gaji dan Imbuhan Balas Jasa
RM8625
Perabot dan Keperluan PejabatRM14000

Sewa
RM2000
Rancangan Pemasaran
- Penerangan produk /perkhidmatan yang ditawarkan dengan mengaitkannya dengan kehendak dan keperluan pengguna.
- Profil pelanggan iaitu kumpulan sasaran pelanggan.
- Saiz pasaran dalam bentuk unit jualan atau Ringgit Malaysia atau kedua-duanya sekali.
- Pesaing-pesaing utama di kawasan pasaran. Senaraikan status kekuatan serta kelemahan mereka dan nyatakan bahagian syer pasaran yang dicadangkan dan pesaing-pesaing utama.
- Ramalan jualan bulanan untuk tahun pertama perniagaan dan ramalan jualan tahunan untuk tahun ke 2 dan ke 3. Nyatakan bentuk jualan samada secara tunai, kredit atau kedua-duanya sekali.
- Strategi pemasaran yang akan digunakan bagi mencapai jualan yang diramalkan. Contoh strategi barangan, strategi  harga, strategi promosi dan stratgei edaran.
 Butiran perbelanjaan pemasaran.
Contoh:
PerkaraPerbelanjaan Harta (RM)Perbelanjaan Bulanan (RM)Lain-lain Belanja (RM)
KenderaanRMxxxx

Promosi
RM xxxx
Insurans

RM xxx
Rancangan Pengeluaran/Operasi
Bahagian ini hanya perlu disediakan bagi perniagaan berbentuk pemprosesan atau pengeluaran.
- Proses pengeluaran dalam bentuk carta aliran proses
- Unit pengeluaran atau jam operasi perniagaan dengan berpandukan ramalan jualan dalam Rancangan Pemasaran.
- Keperluan bahan bulanan dalam satu jadual.
Contoh :
Jenis BahanKuantiti digunakanStok simpananHarga seunit (RM)Jumlah belian (RM)
Pasir10000 tan500 tanRM xxxRM xxxx





Nyatakan anggaran belian bulanan bahan untuk tahun pertama dan anggaran belian tahunan bahan untuk tahun ke 2 dan ke 3.
- Senarai jawatan dan jumlah tenaga pekerja operasi serta imbuhan mereka.
Contoh:-
JawatanBilGaji bulananKWSPPERKESOJumlah
Operator pengeluaran20RM xxxRM xxRM xxRM xx
- Senarai mesin dan peralatan dalam jadual seperti berikut:
JenisPembekalHarga seunitBil.Jumlah harga
Mesin jahitKedai HeongRM xx3RM xxx
- Lakaran susun atur ruang operasi dan nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur tersebut.
- Pelan lokasi tempat aktiviti pengeluaran atau operasi.
- Overhed operasi yang merangkumi kemudahan bekalan air, elektrik, telefon dan lain-lain yang menjadi penggerak operasi.
- Senarai semua butir perbelanjaan operasi dalam satu jadual.
Contoh:
PerkaraPerbelanjaan HartaPerbelanjaan BulananPerbelanjaan lain
MesinRM xxx

Gaji
RM xxx
Rancangan Kewangan
Bahagian ini adalah mustahak kerana ia mempunyai semua maklumat kewangan yang terkandung dalam Bahagian Pentadbiran, Pemasaran dan Operasi. Maklumat ini perlu untuk :
- Menyediakan Kos Perlaksanaan Projek bagi mengetahui jumlah keseluruhan kos yang akan terlibat dalam memulakan projek.
- Merancang bagi mendapatkan sumber-sumber kewangan bagi membiayai perlaksanaan projek tersebut. Dengan itu perlulah disediakan Sumber Pembiayaan Projek.
- Meramal dan mengetahui kedudukan kewangan perniagaan dengan menyediakan Proforma Aliran Wang Tunai.
- Meramal dan mengetahui untung/rugi perniagaan di akhir tempoh perakaunan dengan menyediakan Proforma Untung Rugi.
- Meramal dan mengetahui keseluruhan kedudukan kewangan pada akhir tahun perakaunan dengan menyediakan Proforma Kunci Kira-Kira.
- Menyediakan Jadual Susutnilai Aset Tetap, Jadual Bayaran Balik Pinjaman (jika ada) dan Jadual Bayaran Ansuran Sewa Beli (jika ada).
Jadual Perlaksanaan Projek
Jadual ini disediakan untuk menunjukkan peringkat-peringkat kejadian yang akan berlaku terhadap perniagaan apabila perniagaan dilaksanakan. Pada kebiasaannya ia menunjukkan kemajuan operasi daripada peringkat idea kepada kenyataan. Jadual ini dipersembahkan dengan menggunakan carta yang akan menunjukkan dengan jelas kesemua aktiviti-aktiviti yang akan dibuat, bila aktiviti itu akan dilakukan dan bagaimana pula kaitan di antara aktiviti-aktiviti.
Rumusan
Berikan kenyataan yang menyakinkan pihak-pihak tertentu mengapakah projek ini perlu diteruskan atau pinjaman perlu diberi atau lesen perlu diluluskan dan sebagainya.
Lampiran Dokumen Sokongan
Sekiranya ada, perlu disertakan dokumen-dokumen bagi menyokong sesuatu kenyataan yang dinyatakan dalam badan utama Rancangan Perniagaan. Contohnya seperti Memorandum dan Tatacara Persatuan.

Dipetik daripada : http://azizieeaziz.wordpress.com